Direktori Bloggers Kelantan - Suara Rakyat Kelantan
pah gap ketagih, parok belanjow.
RM6.90 x 30 = RM207.00
Landskap Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan atau HTAA ini sangat indah di mataku..
Si Farmer import dari Indon yang jaga landskap ini.
Mungkin kontrak landskap atau mana-mana syarikat yang ambik kontrak nga HTAA ini.
Saban hari aku kebosanan menunggu sepupuku berada di wad kecemasan HTAA itu..
aku pusing habis seluruh HTAA dan kawasan sekitar ( Sungai Pahang) yang ada sigboard KUANTAN.
Berbalik kepada landskap...tengok tanah dia gembur kat pokok tu... amboi..kemas dan rapi.
Mana tak rapinya saban hari 8am-5pm farmer tu duk terbongkok kat kawasan tu je.
Lagi satu aku respek kat HTAA ini adalah Jabatan pesakit luar yang dibuka pada 8am-9pm. Proses ambik nombor sehingga dirawat lebih kurang 15 minit. Suatu proses yang tidak menunggu lama.
Syabas HTAA yang mementingkan Kualiti.
HTAA
terliur ko?
try la wat. meta jah.. :P
Bahan-bahan
- Telur (saiz besar) 7 biji
- Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml)
- Gula Pasir 3 sudu besar
- Garam 1 sudu kecil
- Tepung Kastard 2 sudu besar
- Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
- Loyang bersaiz diameter 15~20cm
Cara membuatnya
- Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan.
- Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
- Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
- Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.
- Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
- Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge dululah).
http://www.mediafire.com/?2o1jmgtknjw
013 panggilan over...013 panggilan over...
013 tak dengar baso lingo tuli ore panggil bobe-bobe...
Bermain futsal di hujung minggu boleh menghilagkan tekanan kerja pada minggu tersebut.
Di kala itu juga staff dapat 'menebas' betis si bos-bos yang selalu memberi arahan kepada staff.
walaubagaimanapun boss tetap nga status pemain apabila di padang. Ia juga lebih bangga apabila boss menaja pembayaran sewa padang futsal RM180.00-2jam), menyediakan pengakutan syarikat(bas syarikat), menyediakan minuman ( satu tong sirap). Tempoh bermain selama 2 jam sangat memuaskan kepada sang pemain-pemain sehingga kepenatan.
Walaubagaimanapun, aktiviti sebigini diberi rate :thumbup: 5 star oleh aku :P
kadang-kadang aktiviti riadah seperti bermain futsal,tenis, berkelah yang dilakukan oleh majikan sangat baik untuk merapatkan ukhwah antara staff dan majikan juga menghilangkan kepenatan di hujung minggu.
Harga kek ini RM80.00 (Kota Bharu)
Tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan seni rekabentuknya :P
Aku respek kat tukang buat kek ni
Design kek yang dia reka ini sangat menanjukkan.
Goodluck untuk kek designer :P
Bila anak saudara dah mencapai 3Tahun...
persoalan di sini adalah budak lincah..
masa ni sangat susah nak di jaga
-suka meniru orang cakap
-terpengaruh aksi dalam filem atau tv
-suka kacau orang
Adakah anda semua suka main benda ni?
hehehe...
saje nok release tension
main "games" makin lama makin syokk..
ini kerana coin dah banyak..
mula-mula main dulu raso bengang jugok..
bakpo tu? sebab xdok coin nak bajak tanah, nak beli bijih benih, dan nak beli pokok-pokok.
lepas tu aku melawat ladang ore kat 10 ore bulih la nanam sikit-sikit. pitis pun keno jimat. loni bor nok 10,000 coin sekali harvest tu bulih :P
Der ado pitih banyok bulih la beli accessories sambil mengharapkan gift daripada neighbors.
NEW YORK 22 Okt. - Microsoft Corp. melancarkan Windows 7 hari ini yang merupakan keluaran paling penting dalam tempoh lebih satu dekad, dengan tujuan memenangi semula hati pelanggan selepas Vista yang mengecewakan, dan untuk menguatkan kembali pengaruhnya dalam pasaran komputer peribadi.
Syarikat perisian komputer terbesar dunia itu yang menguasai lebih 90 peratus komputer peribadi, telah menerima ulasan yang baik terhadap sistem operasi baru itu, yang diharapkan dapat mengembalikan momentum daripada Apple Inc. dan Google Inc.
"Ia adalah keluaran Windows yang paling penting dalam tempoh sedekad," kata penganalisis Pacific Crest Securities, Brendan Barnicle kepada Reuters.
"Kegagalan Vista menyebabkan orang ramai mula mempersoalkan bagaimana Microsoft masih relevan dalam ruang teknologi tersebut.
"Justeru, ini adalah langkah pertama yang kritikal bagi Microsoft untuk mendapatkan semula kredibiliti itu," katanya.
Sistem baru berkenaan adalah lebih cepat, kurang berkelompok dan mempunyai paparan sentuh baru - muncul selepas hampir tiga tahun pelancaran Vista, yang mana ciri kompleksnya mengecewakan ramai pengguna di rumah dan pelanggan perniagaan.
Kejayaan Windows yang menjana lebih dari separuh daripada keuntungan Microsoft - adalah sangat penting kepada Ketua Eksekutif, Steve Ballmer untuk mengembalikan imej syarikat sebagai firma perisian komputer paling penting dunia.
"Saya akui saya agak bergelut sedikit," katanya kepada sekumpulan pengguna dan rakan sekutu Microsoft di Toronto semalam, sambil menambah bahawa dia sendiri bersedia untuk membuat panggilan jualan terhadap Windows 7.
Penjualan tidak akan memberi impak kepada Microsoft yang dijangka akan menunjukkan keuntungan suku tahun yang lebih rendah esok.
Microsoft meletakkan Versi Windows 7 - Home Premium dengan harga AS$199.99 (RM676) atau AS$119.99 (RM405) kepada pengguna yang menaik taraf daripada versi sistem operasi yang terdahulu yang merupakan lebih rendah berbanding harga untuk Vista. - Reuters
sumber : utusan malaysia
sumber dari : apple iphone
Apa ya ng menarik sangat tetang gambar ini?
Pada pagi Selasa tersebut aku masuk dalam kebun aku,
tiba-tiba ada sorang pakcik datang jumpa aku..
mintak tolong naikkan lembunya..
pagi tu susah betul nak cari orang nak mintak tolong.
kerah punya kerah dapatla dalam 5 orang..
kenapa susah sangat nak naikkan lembu tu?
lembu tu gemuk sangat. usia lembu tu lebih kurang 3 tahun.
so..aku dan budak-budak area umah aku tolongla..
terpaksa la gali dah pecahkan konkrit telaga tersebut.
dalam 2 jam baru dapat naikkan lembu tersebut.
maklumat :
telaga tersebut adalah "septic tank" yang tidak digunakan lebih 10 tahun :p
arrrrrrrrrrrrrrgh! aku pegang tali je :P