Direktori Bloggers Kelantan - Suara Rakyat Kelantan

Gempar Kereta Terjunam Dalam KB Mall

DI KOTA BHARU, KELANTAN, DUA ORANG PELAJAR PEREMPUAN MASTERSKILL MAUT DAN SEORANG LAGI PARAH SELEPAS SEBUAH KERETA DARI TINGKAT TIGA SEBUAH PASARAYA KB-MALL TERJUNAM SEBELUM MENGHEMPAP MANGSA.

Photobucket

KEJADIAN BERLAKU JAM 5.40 PETANG TADI.

MENURUT SAKSI YANG MELIHAT KEJADIAN ITU BERKATA, KETIKA KEJADIAN, PEMANDU KERETA JENIS MAZDA DAN DUA LAGI PENUMPANG KESEMUA-NYA DIPERCAYAI WANITA, SEDANG BELAJAR MEMANDU DI TEMPAT LETAK KERETA ATAS BANGUNAN PASARAYA ITU.

KEMUDIAN, KERETA YANG DIPANDU ITU GAGAL DIKAWAL DAN MEREMPUH BUMBUNG PASARAYA BERKENAAN SEBELUM TERJUNAM KE ESKALATOR YANG BERADA DITINGKAT DUA.

PADA KETIKA ITU, MANGSA, SITI NOR AMIRA SAMSUDDIN 19, SITI NOR DIANA AZMAN 18 DAN RASHIDAH AHMAD LUTFI 24, BERADA DI-ESKALATOR BERKENAAN.

MANGSA, SITI NOR AMIRA YANG CEDERA PARAH DIKEPALA MATI DITEMPAT KEJADIAN, MANAKALA SITI NOR DIANA MATI DALAM PERJALANAN KE HOSPITAL SETELAH PENDARAHAN TERUK DI KEPALA.

MANAKALA RASHIDAH CEDERA PARAH,DAN MASIH BERADA DI UNIT RAWATAN RAPI,I-C-U, HOSPITAL RAJA PEREMPUAN ZAINAB DUA KOTA BHARU.

KEJADIAN ITU TURUT MENGGEMPARKAN PENGUNGJUNG DI PASARAYA BERKENAAN.

KETUA POLIS DAERAH KOTA BHARU, A-C-P ZAHRUDDIN ABDULLAH KETIKA DIHUBUNGI MENGESAHKAN KEJADIAN ITU.

BAGAIMANAPUN POLIS MASIH MENYIASAT KES ITU DAN MEMINTA PEMANDU DAN PEMUNPANG KERETA BERKENAAN TAMPIL DAN MEMBUAT LAPORAN POLIS BAGI MEMBANTU SIASATAN.

BUAT SEMENTARA WAKTU PASARAYA KB-MALL DI TUTUP KEPADA ORANG RAMAI SEHINGGA SIASATAN SELESAI DAN IA DISAHKAN SELAMAT UNTUK DIKUNJUNGI.




Perkara Sia-sia

10 PERKARA YANG SIA-SIA

Sufyan Ats-Tsauri, seorang ulama hadith yang terkemuka, menyatakan bahawa ada sepuluh hal yang termasuk dalam kategori sia-sia, iaitu:-

1. Lelaki atau wanita yang berdoa untuk dirinya sendiri tetapi tidak dimohonkan doa untuk ibu bapanya dan kaum Muslimin.

2. Orang yang sentiasa membaca Al Quran tetapi tidak membaca secara tertib sampai seratus ayat tiap-tiap hari.

3. Lelaki yang masuk ke dalam masjid, kemudian ia keluar kembali dari masjid itu tanpa mengerjakan solat tahiyatul masjid.

4. Orang yang melintasi tanah perkuburan tetapi tidak mengucapkan salam kepada penghuni kubur dan tidak mendoakan untuk keselamatan mereka.

5. Lelaki yang masuk pada hari Jumaat ke suatu kota, kemudian ia keluar lagi dari kota itu tanpa mengerjakan solat Jumaat berjama’ah.

6. Lelaki atau wanita yang tinggal di suatu lingkungan dengan seorang ulama, tapi dia tidak mempergunakan kesempatan itu untuk menambah ilmu pengetahuan.

7. Dua orang lelaki yang bersahabat tetapi mereka tidak saling menanyakan tentang keadaan masing-masing dan keluarganya.

8. Lelaki yang mengundang seseorang menjadi tetamunya tetapi tidak dipedulikan dan tidak dilayani tetamunya itu.

9. Pemuda yang menjadikan zaman mudanya berlalu begitu saja tanpa memanfaatkan waktu yang berharga itu untuk menuntut ilmu dan meningkatkan budi pekerti.

10. Orang yang tidak menyedari jiran tetangganya yang merintih kelaparan, sedangkan ia sendiri makan kekenyangan di dalam rumahnya.

Sekian, wallahu a’lam

والسلام عليكم ورحمة الله


ثُمَّ جَعَلْنَاكَ عَلَى شَرِيعَةٍ مِّنَ الأَمْرِ فَاتَّـبِـعْهَا وَلاَ تَـتَّـبِعْ أَهْوَاءَ الَّذِينَ لاَ يَعْلَمُونَ
“kemudian Kami datangkan kepada kamu syariat (peraturan) dalam urusan (agama) itu,
maka ikutilah syariat itu dan janganlah kamu ikuti hawa nafsu orang-orang yang tidak mengetahui”. الجاثية : 18

Facebook Farmville : Edisi 5

Menuntut(claim) coin apabila 'neighbors' mendapat 'Ribbon".. lebih kurang 100 coin free kito bulih kalu klik kat gambar Ribbon neighbor yang di publish.. Mereka mahu share so kita klik kita pun dapat coin. ini la dikatakan share :P huhu.. tapi kalu dah lebih sehari alamaknya dah expired. sehari tu je bulih klik... kalu nak mudah drag kan button Farmville di News Feed Facebook. seperti yang ditunjukkan dalam video di bawah.

Sebelum tu kita lihat Capture Screen :P

Photobucket

Klik pada Gambar ribbon dalam facebook anda
P/s : klik di gambar capture screen di atas takda ape2 la :p

Photobucket

Dapat 100 coin untuk silver ribbon


Hosting kelnetbio keno hack virus

Photobucket

Pagi ni dengan tak puas tido aku merangkak ke bilik air menyiapkan diri aku untuk memulakan tugas aku. Setelah selesai semua persiapan aku nak start wat kerja. Tengah rilep tu aku bukak emel, apa yang aku tengok emel noreply daripada google Attack site. Google dah mark site aku ada software atau badware yang boleh meng harm kan komputer orang yang masuk. Ini kes laptop aku ada virus semasa kerja-kerja mengemaskini www.kelnetbio.com.
Ini kejadian kali ke dua setelah aku menukar tempalate dan delete fail2 yang aku rasa curiga dan tak berfaedah di dalam webhosting tu. Aku rasa nak cancel je hosting tu dan tambah RM20.00 untuk webhosting business plan. Ini kerana www.kelnetbio.com. sudah ramai yang masuk untuk melihat promosi gaharu aku apabila aku mengiklankan di segenap iklan percuma seperti mudah, mudah2u, iklan percuma, forum dan sebagainya. Apa yang aku tahu sales untuk penjualan benih dah naik untuk penghantaran ke Selangor, Johor dan Terengganu setelah beberapa hari aku memasang iklan tu.

Sebelum aku meng'cancel'kan webhosting aku ni.. aku nak wat reseach dulu untuk scan virus. pless help me.

Facebook Farmville : Edisi 4

Keterangan panduan membeli dan mengutip hasil pokok.

Photobucket

Masa mengutip hasil, harga hasil, dan harga jual
  1. Acai tree: 27 farmcash – 2 days – 158 coins – 47 coins
  2. Cherry tree: 225 coins – 2 days – 18 coins – 11 coins
  3. Apple tree: 325 coins – 3 days – 28 coins – 16 coins
  4. Orange Tree: 425 coins – 4 days – 40 coins – 21 coins
  5. Plum Tree: 350 coins – 3 days – 30 profit – 17 coins
  6. Peach Tree: 500 coins – 4 days – 47 coins – 25 coins
  7. Lemon Tree: 475 coins – 3 days – 41 coins – 23 coins
  8. Lime Tree: 750 coins – 5 days – 75 coins – 37 coins
  9. Fig Tree: Only Gift – 3 days – 33 coins – 18 coins
  10. Avocado Tree: Only Gift – 3 days – 37 coins – 21 coins
  11. Apricot Tree: Only Gift – 4 days – 56 coins – 30 coins
  12. Grapefruit Tree: Only Gift – 3 days – 50 coins – 23 coins
  13. Banana Tree: Only Gift – 3 days – 56 coins – 32 coins
  14. Passion Fruit Tree: Only Gift – 5 days – 93 coins – 46 coins
  15. Pomegranate Tree: Only Gift – 5 days – 108 coins – 53 coins
  16. Date Tree: Only Gift – 3 days – 69 coins – 40 coins
  17. Olive Tree: Only Gift – 4 days – 112 coins
P/s : Jangan percaya video youtube yang mengajar untuk hack games ini menggunakan cheat kerana games ini tidak save ke dalam server sekiranya menggunakan cheat. Satu perkara yang mebuang masa.
-Aku dah kena, terkezut aku boleh setting coin sampai 1000 juta :P tapi bila refresh sama je..kuang2

Facebook Farmville : Edisi 3

Bagaimana meningkatkan kelajuan untuk menjimatkan masa.


Photobucket
Dalam permainan games ini kita memerlukan masa yang lama untu membajak, menanam biji benih dan mengutip hasil dalam satu petak ke satu petak.ini akan membosankan kita apabila menunggu sesuatu benda yang kita lakukan apabila lambat. untuk mengelakakkan kebosan ini satu kaedah terbaik yang digunakan oleh saya dan pemain-pemain games ini yang lebih professional adalah dengan mengunci atau memblok "avatar" anda.
Ini kerana setiap kali dia berjalan menuju ke cursor yang kita klik sangat lama dan satu petak ke satu petak. Oleh itu kita perlu kunci atau blok avatar tersebut dengan menggunakan hay bale :P

Photobucket


Facebook Farmville : Edisi 2

Photobucket

Dalam ketagihan bermain farmville ni kita perlu berfikir secara kreatif, merancang dengan teratur, aku sangat tenang mengadap benda ni. walaubagaimana pun aku melawat juga games lain iaitu Mafia war yang kini level 21. Manakala Farmville pada Level 22.



Tips-tips untuk dikongsi bersama :
1) Menanam sayur dengan melihat sell rate coin dan kuantiti xp untuk meningkatkan level dan coin
membeli pokok pelbagai supaya mendapat "Ribbon" hasil daripada tuaian pokok-pokok tersebut
2) Membeli binatang yang pelbagai dan jangan lupa collect hasil apabila keluar tanda merah.
3) Tanam sayur dengan melihat waktu kita akan dapat harvest balik. contohnya kita menanam 'strawbery' waktu harvest kita adalah 4 jam. so jangan lupa harvest strawbery tu 4 jam berikutnya.
4) Amalkan tanaman berganti..
5) Melawat "farm" kawan lain supaya dapat coin 20 dah kiraan melawat untuk mendapatkan ribbon.
6) Add "neighbors" banyak-banyak kerana tempias daripada neighbors yang dapat "ribbon" sebanyak 100-150 coin .

Apa aku mengarut ni? Pasal games pun nak posting ke? alamak dah taktau ape nak tulis.

Jangan lupa add aku kalu nak dapat gift setiap hari :P

Photobucket

Grafik untuk Penjualan anak benih Gaharu

Kelnet

Harini sibuk promosi, iklan dan membaiki laman web Kelnet Biotech.
Amboi..macam perekabentuk laman web je.. tapi aku belajarbelajar asas html menggunakan frontpage je. yang hebat-hebat tak pandai jugak.
ye tak ye.. sape-sape berminat nak ada domain sendiri dan membeli gaharu bolehla ye hubungi orang-orang tersenarai di bawah ye
Kelnet Biotech : 017- 3030 807(pembekal anak benih gaharu)
Zaini : 017- 3030 807 (programmer website)

Mood Bosan :P

Bila boss tiada di pejabat :
Bila boss panggil :
Bila kena hadiri mesyuarat :
Bila waktu rehat :
Bila dapat projek baru dari boss :
Bila tengah cari idea untuk projek baru :
Bila projek yang boss bagi susah nak buat :
Bila otak jam... :
Bila 'client' banyak songeh dan berlagak pandai :
Bila 'client' tukar fikiran saat akhir :
Bila boss suruh kerja lebih masa (OT) :
Boss suruh datang pejabat waktu cuti ada projek 'urgent' :
Bila dah terbuat silap pada projek yang boss bagi :
Bila projek disiapkan dengan jayanya :
Bila projek gagal :
Bila dapat gaji : HAPPENING!!!

Di waktu bosan : kena boom 1

Photobucket

Nah tu dia... dah kena boom anak buah sendiri :P
Nak boom orang lain takut keno nyekeh...
ni pun kaba-kaba keno nyekeh ko ibu dio (kak aku)
Taktau wat ape main-main grafik ah :P

Nipih weh Macbook Air 2009

Apple




ni video dulu...



sumber : Apple Macbook air

Bijok molek iMac

Photobucket

iMac direka bentuk untuk berikan anda pengalaman menggunakan komputer terbaik . Ini kerana Apple membuat kedua-dua perkakasan dan perisian, semuanya hanya kerja-kerja seperti sebuah komputer keperluan. Jadi sama ada anda adalah mendatangi satu rangkaian Wi-Fi, mengelolakan gambar-gambar anda oleh wajah-wajah, atau video berbual, semuanya mudah yang pasti mengejutkan.

Sumber : Apple iMac

Jom berderat blog ke blog


Jom berderat kat blog yang anda suka lepak


Aku respek kat owner blog ni Akutakpeduli
kadang-kadang sampai berjam-jam aku baca blog beliau. Setiasa update selama 3 tahun. ciri-ciri aku suka : Nurkilan dan low profile (tak suka bangga diri)

Ada sapa-sapa nak share blog yang ko orang suka lepak?

Mari Kongsi Pengalaman Buat Grafik Photoshop : 1

Pada mulanya belajar grafik kena tau fungsi tool-tool di dalam photoshop tersebut.
Contohnya spray,clone, titik-titik fokus, padam, nak mengecat, nak blur dan sebagainya. Oleh itu latihan mencuba pada gambar-gambar untuk edit sangat perlu dilakukan dari masa ke semasa :

Kalau nak senang lagi anda boleh Download font-font yang ada dalam web seperti :

1. http://1001freefonts.com
2. http://www.urbanfonts.com
3. http://www.fontcubes.com
4. http://www.downloadfreefonts.com
5. http://www.dafont.com
6. http://www.fontstock.net
7. http://www.linotype.com
8. http://pcfont.com

Prosesnya :
Download > Extract here > Copy file yang ado imej "T' (Truetypefile) tu > paste kat C:\WINDOWS\Fonts.

Tak payah susah-susah nak adjust di font menu dan shadow2 ke ape.

Ni Contoh bena kat atas ni


Photoshop

Keterangan :
1) Guna Font VTKS yang di download dari www.Dafont.com
2) Guna Pembaris pixel yang di download di mana-mana freeware jika fix pada templates tidak sama.
3) Copy pic yang berkaitan untuk samakan ukuran bena dengan (sebelah kiri) background templates
4)gunakan layer lain untuk spray background mengikut citrasa warna

Photobucket

simple dan abstrak..aku suka.orang lain aku xtau :p

Permulaan menceburi bidang grafik

Sejarah permulaan aku belajar grafik.
Permulaan aku tengok Bro Ali (member aku) duk main-main benda ni. Dia edit-edit gambar dia, buat wallpaper dan lain-lain. Tengok punya tengok terdetik jugak nak buat gambar sendiri :P
Belajar la perlahan-perlahan nga Bro Ali ni, kira Sifoo aku la ni.
Ni grafik pertama aku belajar nga Bro Ali. Tima kasih Bro. Pernah tengok?
kerja-kerja mengedit bendera sedia ada menjadikan warna lebih menyerlah.

Sebelum..

Kelate fs

Selepas..

Photobucket


Permulaan :
Cari Tool ini :
Adobe Photoshop CS3 <--- pakai trial pun ok dah Tutorial photoshop dalam B.Melayu<-- cari kat google contoh ( Ebook )

Belajar grafik adalah minat seseorang. Senang je kalau nak belajar grafik kalau kita betul-betul berminat. Aku bukan professional tapi cukup sekadar boleh edit gambar sedia ada. Kalau nak cipta grafik baru simple-simple tu bolehla. Orang kata belajar benda baru yang kita minat makin belajar makin seronok. Bagi aku grafik pada gambar-gambar ni kebiasaanya orang pompuan yang suka benda ni tetapi grafik yang menarik, simple dan abstrak aku suka contohnya seperti 'bena' di atas.. nak tau lebih lanjut tunggu posting mari kongsi pengalaman buat grafik photoshop :p Suka ke tak suka ia tetap dalam bidang SENI.

Jom layan.. Tunggu posting Mari kongsi pengalaman buat grafik photoshop siri 1

Seloka hari ini :P

Emel foward-forward..

PUKUL BERAPA BUKA?

Pada suatu tengah malam telepon di rumah seorang pustakawan berdering.
"Pukul berapa perpustakaan akan di buka?" seorang pemuda di hujung talian bertanya.
"Jam 9 pagi encik, apa hal yang penting sangat encik menelifon saya tengah malam buta nie?" tanya pustakawan tadi.
"Tak boleh buka awal lagi ke?" pemuda itu bertanya lagi dengan nada kecewa.
"TIDAK, tidak akan dibuka sebelum pukul 9!" si pustakawan menjawab dengan nada yang tinggi.
"Penting sangat ke sampai encik tidak boleh tunggu sampai pukul 9 pagi untuk masuk?".
"Siapa kata saya mau masuk?" kata pemuda itu kesal,
"SAYA MAU KELUAR!"

MANGGA

Pada suatu hari ada seorang pembeli yang sedang tawar-menawar dengan seorang penjual buah mangga.
Pembeli: "Bang, berapa harga mangga sekilo?"
Peniaga: "RM7!"
Pembeli: "Amboi, mahal sangat... RM5 sudah la!"
Peniaga: "Tak boleh dik, harganya dah cukup murah tu!"
Pembeli: "Kalau tak manis, macam mana bang?"
Peniaga: "Kalau tak manis, tak payah bayar!"
Pembeli: "Kalau macam tu, beri saya yang tak manis 10 kilo!"

SIAPA BANGANG

Seoranglelaki telefon hospital untuk memberitahu yang isterinya nak bersalin.Dan jururawat hospital menjawab telefon lelaki tersebut.
Lelaki: "Hello... tolong saya sebab isteri saya nak bersalin!"
Jururawat: "Sila bertenang... ini anaknya yang pertama ke?"
Lelaki: "Apa la punya bangang... ni laki dia la!"
Jururawat: "Pulak... "

RAHSIA MENANGKAP IKAN

Adaseorang nelayan yang selalu dapat banyak ikan bila dia ke laut... so crew TV9 interview dia untuk rahsia dia tangkap ikan.
Crew TV9 : "Apa rahsia pakcik tangkap ikan?"
Nelayan : "Oh, pakcik guna firasat. Pakcik tengok cara isteri pakciktidur bila pakcik bangun pagi.
Kalau dia mengereng ke kiri, pakcik tebar jala ke kiri. Kalau dia mengereng ke kanan pakcik tebar ke kanan."
CrewTV9 : "Kalau isteri pakcik tidur terlentang?"
Nelayan : "Itu tandanya rezeki depan mata, pakcik tak turun ke laut pagi tu... "
CrewTV9 : "O, ye ke... "

MALUNYA

Seorangwanita muda telah terberanak di dalam sebuah lif. Dier pun malu macamnak giler dan tak mahu kuar dari lif itu. Pihak pengurusan bangunan punmemanggil polis, bomba dan pakar ilmu jiwa untuk pujukdier keluar.
Pakar ilmu jiwa tu pun cakap ler, "Cik... keluar lah... aper nak dimalukan... perkara biase jer nih."
Wanita muda yang terberanak itu pun menjawab, "Tak mau, tak mau, saya malu."
pakar ilmu jiwa itu menambah, "Alah cik... tahun lepas saya ader 1kes lagi teruk... pompuan tu beranak dalam longkang!!"
Mendengarkankata-kata pakar ilmu jiwa tu jer, wanita muda tu terus meraung bagainak giler lalu berkata, "Yang tu pun saya gak,uhwaaa.. .. !!!"
Pakar ilmu jiwa itu tak tahu nak cakap aper.

Ali oh Ali

Emel foward-forward..

Ada satu Singh pada satu masa dulu yang cukup tak suka dirinya dipanggil 'Benggali' iaitu nama lain untuk Singh.

Satu hari tu Singh itu tengah kerja gali lubang di tepi jalan.
Ada satu kawan yang kebetulan lalu di sana, tanya akan Singh itu...
" Hai Singh, lu apa bikin? "
Maka jawab Singh itu ..... " Lubang gali "
Kawannya itu cukup marah pada Singh itu .... " Woi! Saya bukan Benggali lah! Kau jugak yang Benggali! "

Singh itu cukup malu dan segan dengan dirinya yang sering diejek 'Benggali' itu. Jadi dia buat keputusan nekad untuk masuk Islam dan tukar namanya kepada Ali. Lalu dia pun kahwin dengan satu gadis Melayu dan fikirkan masa depan sudah happy tanpa ejekkan 'Bengglali' itu lagi.

Jadi pada malam pengantin 'first night' dengan isteri yang tersayangnya itu, Singh itu cukup happy dan excited, tetapi malangnya dia terdengar bisikkan manja isterinya yang berbunyi....... " Bang Ali....Bang Ali!".

Tepekik Telolong Hanya Kerana Gewe..



Aduhai.. ngah layan-layan youtube jumpa pulak video ni..
video ni aku dah tengok dulu..
Ia dah lama diupload.mungkin ramai dah viewnya sebab tengok kat view dah nak sampai 300k.
nasib baiklah muka tak jelas sangat..tapi setiap kata-katanya jelas.
Tapi banyak persoalan tentang video ni...

Kenapa garang sangat kat gewe?
Kenapa jadi macam tak tentu arah?
Sayang sangat kat gewe dio?
Hensem sangat ko gewe dio?
Gadis melayu moden ko ni?
Takda laki lain ko nak gati gewe dio?
Hanya dio je dapat jawab....

Info borak-borak kedai kopi :
Wanita lebih ramai daripada lelaki, tengok saja di pusat-pusat pengajian tinggi, sekolah, kilang, mahupun kat tempat kerja lain,
Ke manakah lelaki menghilang?
Tido ke?
Tak keluar rumah ke?
Tak kerja ke?
Pusat serenti ke?
Penjara ke?
Merempit ke?
Setelah dirumus balik
Memang wanita lebih ramai pada akhir zaman
Lelaki baik pakat duk berebut oleh perempuan
Lelaki yang boleh dijadikan suami hanya berapa peratus saja setelah ditolak lelaki yang tak baik.

-maknanya lelaki baik bulih cari tino 2 3 4 ko? aduhai.
-jaga-jaga wahai sang lelaki baik :P

Kemarahan Ayah Kepada Azura


Emel foward-forward..

Jom layan cerita dongeng dan lawak..



Pak Samad dan Mak Bedah sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuannya
yang bernama Azura hamil."Siapa si bedebah tu," jerit Pak Samad, sedang si ibu
menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian
sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh
baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.

Lelaki itu berdepan dengan Pak Samad dan Mak Bedah iaitu ayah dan ibu perempuan yang telah dihamilinya.
Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus
terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya
tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan
saya.
Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan
wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai
RM5 juta.
Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuk!
nya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang
tunai RM10 juta.
Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya
lakukan?"

Pak Samad berfikir. Mak Bedah berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu
lelaki itu Pak Samad berkata, "Kalau camtu demo cuba le lagi."

moral : Pitis-pitis...jangan jadi hambo pitis.

Makan ramai-ramai

Photobucket

Kumpul ramai-ramai satu keluarga pada hari jumaat. lepas semayang jumaat makan ramai-ramai. amboi... xmuat tempat la pakat nak makan kat jemuran je :P

Meeting Special

Photobucket

Meeting special ni jarang dilakukan kat pejabat aku.. siap ada makanan dan kuih-kuih.
kalu hari-hari laguni ken bagus. Tebal sikit poket aku bulan ni :P

Pembunuhan kejam

Photobucket

Itik ni 'babil' (kebal/tolol/dasyat) sungguh. keno sembelih pun duk ccaro ko nok lari lagi.
mitah lana pulok :P
sedap weh gulai itik serati... kalu duk kelate keno gulai itik serati pagi-pagi gini jeliro kakloh :P

Ore larang tak dengar

Photobucket


Ore larang jangan hisap rokok tak dengar.
pah gap ketagih, parok belanjow.

RM6.90 x 30 = RM207.00

ada sapa-sapa yang nak share untuk bereti merokok?


Landskap Thumbup

Photobucket



Landskap Hospital Tengku Ampuan Afzan Kuantan atau HTAA ini sangat indah di mataku..
Si Farmer import dari Indon yang jaga landskap ini.
Mungkin kontrak landskap atau mana-mana syarikat yang ambik kontrak nga HTAA ini.
Saban hari aku kebosanan menunggu sepupuku berada di wad kecemasan HTAA itu..
aku pusing habis seluruh HTAA dan kawasan sekitar ( Sungai Pahang) yang ada sigboard KUANTAN.
Berbalik kepada landskap...tengok tanah dia gembur kat pokok tu... amboi..kemas dan rapi.
Mana tak rapinya saban hari 8am-5pm farmer tu duk terbongkok kat kawasan tu je.
Lagi satu aku respek kat HTAA ini adalah Jabatan pesakit luar yang dibuka pada 8am-9pm. Proses ambik nombor sehingga dirawat lebih kurang 15 minit. Suatu proses yang tidak menunggu lama.
Syabas HTAA yang mementingkan Kualiti.

HTAA

Puding depan dekstop

Photobucket


Amboi... sedap weh kelih puding hok wat sediri ni...
terliur ko?
try la wat. meta jah.. :P

Bahan-bahan

  • Telur (saiz besar) 7 biji
  • Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml)
  • Gula Pasir 3 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • Tepung Kastard 2 sudu besar
  • Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
  • Loyang bersaiz diameter 15~20cm

Cara membuatnya

  1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan.
  2. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
  3. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
  4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.
  5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
  6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge dululah).
sumber : nasron < tq En. Nasron....

Ringtones membebel (ngepek)


http://www.mediafire.com/?2o1jmgtknjw

013 panggilan over...013 panggilan over...
013 tak dengar baso lingo tuli ore panggil bobe-bobe...

Bermain futsal dengan staff dan boss

Photobucket




Bermain futsal di hujung minggu boleh menghilagkan tekanan kerja pada minggu tersebut.
Di kala itu juga staff dapat 'menebas' betis si bos-bos yang selalu memberi arahan kepada staff.
walaubagaimanapun boss tetap nga status pemain apabila di padang. Ia juga lebih bangga apabila boss menaja pembayaran sewa padang futsal RM180.00-2jam), menyediakan pengakutan syarikat(bas syarikat), menyediakan minuman ( satu tong sirap). Tempoh bermain selama 2 jam sangat memuaskan kepada sang pemain-pemain sehingga kepenatan.

Walaubagaimanapun, aktiviti sebigini diberi rate :thumbup: 5 star oleh aku :P
kadang-kadang aktiviti riadah seperti bermain futsal,tenis, berkelah yang dilakukan oleh majikan sangat baik untuk merapatkan ukhwah antara staff dan majikan juga menghilangkan kepenatan di hujung minggu.

Bila anak saudara dah 3 tahun

Photobucket

Harga kek ini RM80.00 (Kota Bharu)
Tidak terlalu mahal jika dibandingkan dengan seni rekabentuknya :P
Aku respek kat tukang buat kek ni
Design kek yang dia reka ini sangat menanjukkan.
Goodluck untuk kek designer :P

Photobucket



Bila anak saudara dah mencapai 3Tahun...
persoalan di sini adalah budak lincah..
masa ni sangat susah nak di jaga
-suka meniru orang cakap
-terpengaruh aksi dalam filem atau tv
-suka kacau orang


Photobucket

Terpengaruh dengan filem Bohsia
Motor classis tu di kata "Motor Z"

Facebook Farmville : Edisi 1

Photobucket



Bosan?
Adakah anda semua suka main benda ni?
hehehe...
saje nok release tension
main "games" makin lama makin syokk..
ini kerana coin dah banyak..
mula-mula main dulu raso bengang jugok..
bakpo tu? sebab xdok coin nak bajak tanah, nak beli bijih benih, dan nak beli pokok-pokok.
lepas tu aku melawat ladang ore kat 10 ore bulih la nanam sikit-sikit. pitis pun keno jimat. loni bor nok 10,000 coin sekali harvest tu bulih :P
Der ado pitih banyok bulih la beli accessories sambil mengharapkan gift daripada neighbors.

Photobucket

Window seven


NEW YORK 22 Okt. - Microsoft Corp. melancarkan Windows 7 hari ini yang merupakan keluaran paling penting dalam tempoh lebih satu dekad, dengan tujuan memenangi semula hati pelanggan selepas Vista yang mengecewakan, dan untuk menguatkan kembali pengaruhnya dalam pasaran komputer peribadi.

Syarikat perisian komputer terbesar dunia itu yang menguasai lebih 90 peratus komputer peribadi, telah menerima ulasan yang baik terhadap sistem operasi baru itu, yang diharapkan dapat mengembalikan momentum daripada Apple Inc. dan Google Inc.

"Ia adalah keluaran Windows yang paling penting dalam tempoh sedekad," kata penganalisis Pacific Crest Securities, Brendan Barnicle kepada Reuters.

"Kegagalan Vista menyebabkan orang ramai mula mempersoalkan bagaimana Microsoft masih relevan dalam ruang teknologi tersebut.

"Justeru, ini adalah langkah pertama yang kritikal bagi Microsoft untuk mendapatkan semula kredibiliti itu," katanya.

Sistem baru berkenaan adalah lebih cepat, kurang berkelompok dan mempunyai paparan sentuh baru - muncul selepas hampir tiga tahun pelancaran Vista, yang mana ciri kompleksnya mengecewakan ramai pengguna di rumah dan pelanggan perniagaan.

Kejayaan Windows yang menjana lebih dari separuh daripada keuntungan Microsoft - adalah sangat penting kepada Ketua Eksekutif, Steve Ballmer untuk mengembalikan imej syarikat sebagai firma perisian komputer paling penting dunia.

"Saya akui saya agak bergelut sedikit," katanya kepada sekumpulan pengguna dan rakan sekutu Microsoft di Toronto semalam, sambil menambah bahawa dia sendiri bersedia untuk membuat panggilan jualan terhadap Windows 7.

Penjualan tidak akan memberi impak kepada Microsoft yang dijangka akan menunjukkan keuntungan suku tahun yang lebih rendah esok.

Microsoft meletakkan Versi Windows 7 - Home Premium dengan harga AS$199.99 (RM676) atau AS$119.99 (RM405) kepada pengguna yang menaik taraf daripada versi sistem operasi yang terdahulu yang merupakan lebih rendah berbanding harga untuk Vista. - Reuters

sumber : utusan malaysia

Related Posts with Thumbnails

..:: POKPETFM™ ::..
REQUEST SONG
.:: POKPET SAMPAI TAK SUDAH™ ::.

POKPETFM.ORG