Direktori Bloggers Kelantan - Suara Rakyat Kelantan

Kemarahan Ayah Kepada Azura


Emel foward-forward..

Jom layan cerita dongeng dan lawak..



Pak Samad dan Mak Bedah sangat marah dan menyesal bila mengetahui anak perempuannya
yang bernama Azura hamil."Siapa si bedebah tu," jerit Pak Samad, sedang si ibu
menangis. "Suruh dia datang sini!"

Si anak pun telepon le mamat yang bertanggung jawab. Setengah jam kemudian
sebuah kereta Ferrari merah berhenti di depan rumah. Seorang lelaki separuh
baya keluar dari kereta, memberi salam lalu masuk kerumah.

Lelaki itu berdepan dengan Pak Samad dan Mak Bedah iaitu ayah dan ibu perempuan yang telah dihamilinya.
Dia berkata, "Saya lelaki yang telah menghamili anak anda. Tapi terus
terang saya katakan saya tidak dapat menikahi anak anda kerana isteri saya
tak membenarkan. Bagaimanapun, saya tetap bertanggung jawab atas perbuatan
saya.
Sekiranya anak anda melahirkan seorang bayi perempuan saya akan
wasiatkan untuknya dua buah supermarket, sebuah rumah banglo dan wang tunai
RM5 juta.
Sekiranya dia melahirkan anak lelaki saya akan wasiatkan untuk!
nya dua buah kilang, dua buah supermarket, dua buah rumah banglo dan wang
tunai RM10 juta.
Tapi sekiranya anak anda keguguran apakah yang harus saya
lakukan?"

Pak Samad berfikir. Mak Bedah berhenti menangis. Akhirnya sambil menepuk bahu
lelaki itu Pak Samad berkata, "Kalau camtu demo cuba le lagi."

moral : Pitis-pitis...jangan jadi hambo pitis.
0 Responses

Related Posts with Thumbnails

..:: POKPETFM™ ::..
REQUEST SONG
.:: POKPET SAMPAI TAK SUDAH™ ::.

POKPETFM.ORG