Direktori Bloggers Kelantan - Suara Rakyat Kelantan

Puding depan dekstop

Photobucket


Amboi... sedap weh kelih puding hok wat sediri ni...
terliur ko?
try la wat. meta jah.. :P

Bahan-bahan

  • Telur (saiz besar) 7 biji
  • Susu Isian Pekat Manis 1 tin (510ml)
  • Gula Pasir 3 sudu besar
  • Garam 1 sudu kecil
  • Tepung Kastard 2 sudu besar
  • Air 1 cawan (lebih kurang 150~175ml)
  • Loyang bersaiz diameter 15~20cm

Cara membuatnya

  1. Letak gula pasir dalam loyang dan panaskan loyang tersebut dengan api sederhana kecil agar gula mencair. Apabila gula telah cair keseluruhannya, lenggang-lenggangkan loyang supaya gula cair itu merata menutupi permukaan dasar loyang. Tutup api apabila gula cair telah mula berwarna sedikit kekuningan.
  2. Masukkan telur, air, garam, tepung kastard, susu pekat manis ke dalam blender dan kisar sampai sebati. Lebih kurang 10 saat sahaja.
  3. Tuang ramuan yang telah diblender dengan menggunakan penapis ke dalam loyang yang telah dilapisi gula cair yang telah membeku/keras.
  4. Masukkan loyang ke dalam pengukus ketika air kukusan telah mendidih. Kukuslah dengan api sederhana kecil sahaja. Kukus sehingga 45 minit.
  5. Apabila telah masak, telangkup loyang ke pinggan leper.
  6. Lebih enak jika dihidangkan sejuk (simpan dalam fridge dululah).
sumber : nasron < tq En. Nasron....
0 Responses

Related Posts with Thumbnails

..:: POKPETFM™ ::..
REQUEST SONG
.:: POKPET SAMPAI TAK SUDAH™ ::.

POKPETFM.ORG